RSS

DIARI 6 : Aulia Pun Nak Puasa Jugak


Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Semalam, masa Papa ambik Mama kat sekolah, Papa tengok Mama tak larat sangat sebab puasa. Katanya baru pukul 10.00 pagi perut dah berbunyi. Kesian Mama sebab Mama sedang mengandungkan baby kedua. Papa dah suruh Mama berbuka kalau tak larat sangat sebab kalau mengandung dikira dalam kategori rukhsah (dibolehkan berbuka untuk elak kemudharatan kepada kandungan tetapi wajib diganti pada hari lain di luar bulan Ramadhan). Tapi Mama tetap nak teruskan puasa...Kesian sangat tengok Mama.

Masa hari pertama bangun sahur, terkejut juga Papa sebab Aulia pun turut bangun nak bersahur pukul 5.00 pagi. Maka bersahur la Aulia macam Papa dan Mama. Yang kelakarnya, lepas Papa ambil Aulia kat rumah pengasuh, Papa tanya Aulia nak makan nasi ke tak nak. Dia boleh jawab tak nak. Biasanya kalau tanya Aulia nak makan apa2 ke, dia memang tak akan tolak punya...Tanya nak makan biskut tiger kegemarannya pun dia tak nak. Papa nak buatkan air milo pun dia tak nak juga. Aik, Aulia ni memang nak puasa jugak ke? Last2 Aulia pun tertidur ngan Mama yang keletihan. Kesian Papa tengok Aulia dan Mama...Baru sehari berpuasa...Kesian2...Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepadaku dan isteriku untuk menunaikan ibadat puasa dengan sempurna pada tahun ini...Amin...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan


Semalam genap 3 tahun usia perkahwinan Papa & Mama. Selama 3 tahun juga Papa & Mama melayari bahtera perkahwinan ini dengan pengalaman suka dan duka yang banyak memberi pengajaran dan iktibar yang cukup bermakna bagi Papa & Mama. Syukur Alhamdulillah, dikurniakan dengan seorang cahayamata, Aulia Safiya yang cukup2 bermakna dan penyeri hidup Papa & Mama selama ini. Dan insyaALLAH, pada bulan november ini bakal hadir seorang lagi zuriat peneman Aulia dan Papa & Mama...tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran orang baru dalam hidup kami.

Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang mengerti dan fahami, segala rintihan, keluhan dan luahan hati kami...Susah nak di gambarkan, payah nak di ungkapkan, tiada kata, tiada bahasa, tiada isyarat yang nak diberi untuk menggambarkan perasaan kebahagiaan buat kami berdua...Terlalu istimewa, terlalu mendalam, terlalu berharga dan terlalu bernilai erti sebuah perkahwinan ini, sukar nak di bayangkan jika tiada kasih sayang dlm kebahagiaan...Jiwa yang kosong telah di isi, perasaan yang goyah telah kau kukuhkan, semuanya di jadikan satu dalam diri...

KeranaMu..kami jadi satu...
KeranaMu..kami bersatu...
KeranaMu..kami menyatu...

Hati dan perasaan ini takkan goyang, takkan sekali2 undur, dalam percintaan, takkan sekali2 mengalah dalam ego, takkan sekali2 benci jadi musuh...Ianya akan tetap kekal, akan tetap utuh, dan akan tetap menyintai dan dicintai hingga hujung nyawa...Papa perlu Mama, dan Mama perlu Papa. Kita sama2 memerlukan, dalam senyuman mahupun tangisan...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku