
Syukur alhamdulillah..syukur sangat2 sebab bertambah sorang lagi anggota keluarga...Pada 11-11-2010 tepat jam 5.55 pg hari khamis, Mama telah selamat melahirkan sorang baby boy seberat 3.1 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...Papa tersangatlah happy sebab dapat baby boy. Papa nak sangat anak lelaki. So sekarang dah ada sepasang la...
Mama mula rasa sakit2 pd pukul 1 pg lg. Papa dah ajak Mama pergi hospital tp Mama kata nak siapkan sikit lg assignment. Bila dh dekat pukul 2 pg Mama dah makin rasa sakit, so Papa bawa la jgk Mama ke hospital. Terpaksa la bawa Aulia sekali yg tengah lena tidur tu. Sampai kt hospital, Mama terus di bawa masuk ke bilik bersalin. Papa la duk dukung Aulia yg tengah tidur kt luar bilik bersalin. Dalam sekitar 5.30 pg, nurse panggil Papa utk masuk ke bilik bersalin sbb Mama dah nk bersalin. Tp sedihnya Papa plak tak boleh masuk sbb Aulia takde orang nak jaga. So kesian la Mama bersalin tanpa Papa disisi. Rasa lega sangat lepas nurse bagitau yang Mama selamat melahirkan anak lelaki yg sihat..Mama dan baby sihat. Tu yang Papa nak dengar..Alhamdulillah syukur......