RSS

Diari 14 : Dilema Pengasuh Aqif - Part 2

Ingatkan dilema pasal nak cari pengasuh Aqif yang saling bertukar ganti ni dah settle, tapi rupa-rupanya, problem ni dah datang kembali la..Ika dah tak dapat nak jaga Aqif. So Papa terpaksa la cari pengganti. Syukur Alhamdulillah sebab ada jiran yang sanggup jaga. Setakat ni dah masuk pengasuh yang keempat la. Umur Aqif baru je 4 bulan dah ada 4 pengasuh. Dugaan sungguh...

Diari 13 : Happy Birthday Mama

Pada 7 Februari lepas genaplah usia Mama 27 tahun. Papa saja je tak wish Mama pagi tu sebab nak tengok reaksi Mama. Tapi Mama buat tak tau je. Mungkin dalam hati, Mama mengharapkan Papa orang yang pertama wish birthday kat Mama. Masa Papa hantar Mama ke sekolah pagi tu pun Papa masih lagi tak wish. Dalam hati mama benggang dan marah campur sedih tahap gaban kot. Papa lupa ke birthday Mama? Papa saje je..hehehe...Lepas hantar Mama dan Aulia, Papa masuk ofis macam biasa. Papa masih lagi tak call or sms Mama. Lagi bertambah marah. Dalam pukul 11 pagi, Papa pergi KB Mall. Papa ada la beli satu hadiah yang tak seberapa. Lepas ambil Mama kat sekolah dan sesampai je kat rumah petang tu, baru la Papa wish birthday Mama dan bagi present tu. Terharu jugak la Mama sebab Papa buat surprise yang tak berapa nak surprise. Papa tengok Mama senyum je memanjang dapat hadiah...huhuhu...Papa berjaya surprisekan Mama...Happy birthday Sayang...

"I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart"

Diari 12 : Dilema Pengasuh Aqif - Part 1

Pening Papa bulan ni dengan masalah pengasuh untuk Aqif. Kak Dah yang jadi pengasuh Aulia dulu (jiran sebelah rumah) dan dah start jaga Aqif sejak lahir tak dapat nak teruskan jaga Aqif sebab dia terpaksa pulak jaga cucunya kat KL. Cari punya cari pengasuh baru, dapat la juga seorang pengasuh dekat dengan sekolah Mama, nama Mak Som. Tapi yang sedihnya, baru seminggu hantar Aqif, Mak Som pulak terlantar sakit. Katanya, tunggu dia betul2 sihat baru dapat teruskan jaga Aqif. Tapi bila? Pening kepala Papa duk pikir nak cari pengasuh lain. Ada la dalam 3 hari Papa jadi Mr Mama kena jaga Aqif. Aulia pulak dah tahu Papa ada kat rumah jaga Aqif, dia plak meragam tak nak pergi sekolah. Nak stay ngan Papa dan adik Aqif katanya. Lagi bertambah pening Papa nak kena jaga Aulia ngan Aqif sekali...Tapi nasib baik ada jiran (Ika) yang nak tolong jagakan Aqif sementara Papa n Mama dapat cari pengasuh baru. Baru sehari Ika jaga Aqif, katanya dia nak terus jaga Aqif lepas ni sebab Aqif tak nangis, tak merengek dan senang nak jaga. Katanya, tak perlu cari pengasuh lain sebab dia tetap nak juga jaga Aqif sampai bulan Mei (sebelum dia pindah rumah baru). Ika pun tak nak minta apa-apa bayaran untuk jaga Aqif. Tapi bagi Papa n Mama, kami tetap akan bayar upah Ika jaga Aqif. Mana bleh jaga free aje. Dia dah tolong dan sudi jaga Aqif disaat Papa n Mama tengah buntu cari pengasuh pun dah bersyukur sangat2. Bersyukur dapat jiran yang prihatin n baik hati macam Ika n Nizam tu. Budi baik mesti kena balas...Selesai satu masalah...Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah...

DIARI 11 : Aulia Masuk Taska

Hajatnya Papa nak tulis pasal ni masa first day Aulia masuk taska pada 3 hb, tapi disebabkan Papa sedikit "busy", so tak sempat nak buka blog. Aulia dah masuk Taska IQ Cemerlang dekat Kubang Kerian. Yang bestnya pasal taska ni, ada disediakan sessi pengajaran bermodul berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan setiap 2 bulan sekali, pihak taska wajib menghantar laporan aktiviti harian setiap anak kepada JKM dan pihak JKM juga sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantaun secara mengejut di taska ni. So, anak-anak takde la hanya setakat dijaga macam nursery je. Papa sebenarnya dah servey hampir semua taska di sekitar ni dan hanya taska ni saja yang ada modul pengajaran yang dipantau JKM dan berdaftar. Bertuah la Aulia dapat juga belajar serba sedikit asas-asas pembelajaran. Lagipun Aulia dah ada kawan yang dia kenal sebelum masuk taska ni. Masa first day Papa ambil Aulia kat taska, Papa ada tanya dia depan cikgu-cikgunya samada dia seronok belajar kat taska ni, dia boleh jawab "best Papa" sambil angkat ibu jari. Lega rasanya...