RSS

DIARI 11 : Aulia Masuk Taska

Hajatnya Papa nak tulis pasal ni masa first day Aulia masuk taska pada 3 hb, tapi disebabkan Papa sedikit "busy", so tak sempat nak buka blog. Aulia dah masuk Taska IQ Cemerlang dekat Kubang Kerian. Yang bestnya pasal taska ni, ada disediakan sessi pengajaran bermodul berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan setiap 2 bulan sekali, pihak taska wajib menghantar laporan aktiviti harian setiap anak kepada JKM dan pihak JKM juga sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantaun secara mengejut di taska ni. So, anak-anak takde la hanya setakat dijaga macam nursery je. Papa sebenarnya dah servey hampir semua taska di sekitar ni dan hanya taska ni saja yang ada modul pengajaran yang dipantau JKM dan berdaftar. Bertuah la Aulia dapat juga belajar serba sedikit asas-asas pembelajaran. Lagipun Aulia dah ada kawan yang dia kenal sebelum masuk taska ni. Masa first day Papa ambil Aulia kat taska, Papa ada tanya dia depan cikgu-cikgunya samada dia seronok belajar kat taska ni, dia boleh jawab "best Papa" sambil angkat ibu jari. Lega rasanya...